sahabat,
tika diriku diulit kesenangan
kau hadir memberi senyuman
tika diriku diulit kerisauan
kau hadir memberi dorongan
tika diriku diulit kerinduan
kau hadir menghulurkan sentuhan
tika aku diulit kedukaan
kau hadir mengusir pedih duka
takut aku didalam kesakitan
kau hadir memberi peransang
tika aku hilang pedoman
kau hadir menyuluh ingatan..
sahabat
ada satu saat dulu
tika aku dihurung pilu
saat aku perlu menelan pahitnya kehidupan
saat aku rebah terluka
saat aku hilang dimana punca
kau hadir menghulurkan tangan
kau hadir memberi kata dorongan
kau hadir menyuluh jalan kehidupan
tanpa pernah engkau hentikan
memberi kata semangat
sahabat,
mungkin ada tercalit pisau tajam
mungkin ada tertikam duri secengkam
mungkin ada terpalit kata hinaan
mungkin ada terungkap kata batasan
mungkin ada dosa yang engkau tidak maafkan
atas segala semua kesilapan
yang telah aku lakukan
sahabat,
andai detik ini detik penentuan
andai takdir ini memisahkan
ku pohon ampun atas kesilapan
yang mugkin keterlaluan
yang pernah aku lakukan
sahabat,
detik ini menceritakan
bahawa manisnya sebuah ikatan
yang kita namakan persahabatan
tiada yang lagi manis yang dapat aku bayangkan
sesungguhnya kau hadir memberi kasih sayang
yang tiada dapat aku balaskan
kepada hubungan bernama persahabatan
sahabat,
rasa sayang ini semakin bercurahan
tanpa ada paksaan
harapnya segala jalinan yang telah kita simpulkan
akan sentiasa berkekalan
:) :) :* :* :*
Credit to:- mak cik Asyiqin. Nenek Asmida. Moyang Najwa *realiti bila hampa dah tua...kikikiki
|
moyang Najwa yang menjadi bahan buli alya di matrik.hikhik |
|
makcik cikin dengan nenek asmida yang menjadi tukang pembakar semangat.tukang gaduh.tukang merajuk
and tukang tempat melepaskan perasaan.LOVE YOU
|
|
THE BEST QUOTES from me to you guys..korang always in my heart! |