Sunday 28 September 2014

Aku Juga Remaja

remaja,
pernah kah kita sedari
satu demi satu hari yang kita lalui
sudah pergi.
mungkin ditelan hening pagi
mungkin ditelan tenggelam matahari 
tapi yang pasti
ia tak akan kembali.

remaja,
masih belumkah kita sedari
akan kesilapan diri
yang telah kita gali
dibumi sendiri

remaja,
pagi,
ada yang berada di jalan sepi
pagi,
ada yang ada di setiap lorong sunyi
pagi,
mungkin ada di sebuah bilik inn
menggadaikan semua kemaluan diri.
siang,
merempat di jalanan
mencari mangsa untuk mencuri
menghabiskan masa di siber cafe
menanti habuan untuk diri
melempiaskan nafsu diri

remaja,
tidak pernahkah kita berfikir
melayu kita sudah dikikis
dikikis oleh bangsa asing
dari semua segi
pemikiran dan juga ekonomi
yang katanya
ya!
masih teguh melayu berdiri

remaja
realiti masa kini
melayu sudah hampir duduk tersungkur dibumi
tersungkur di bumi sendiri
kerana
kesilapan remaja kini

remaja,
berubahlah mulai detik ini
dapatkan kembali hak melayu ini
ragut kembali apa yang telah dicuri
berubahlah ke arah mentallity kelas tinggi
kiranya kabul Allah memberi
dirimu jadi pemulih negeri




adakah kamu mengerti apakah erti remaja